pendatang halal

Wednesday 7 December 2011

Si Gaga Yang Demam...

Kesian gaga... 3-4 hari lepas gaga demam & batuk sampai suara dia pn dah lain.. mcm serak2 sikit, selera makan pn berkurangan.. ML pn dah tak tahu nak wat apa.. ada la 1 malam tu ML bagi gaga minum ubat batuk tapi sikit jewh la.. Tiba2 jewh mulut gaga keluar mcm lendir & berbuih2. ML punya la risau sbb takut niat baik ML utk sembuhkan gaga bertukar kpd kematian pd gaga plk... menggelabah jgk la ML masa tu cepat2 ML bg gaga minum air masak... takut dia tak selesa dengan rasa ubat batuk tu.. keesokan harinya ML & hubby plak tak sihat, so hubby ML pg beli kelapa muda 2 biji.. kitaowg minum air kelapa tu.. kebetulan si gaga ada.. ML suruh hubby pegang tangan & kaki gaga sebab nak bagi gaga minum air kelapa plak mana la tahu bleh sembuh kewh... ML bagi 2 teguk jewh pastu suruh hubby lepas balik tangan & kaki gaga.. ML tgk gaga dok terjilat2 mulut & bulu dia yang terkena air kelapa tu.. ML nmpk mcm dia suka jewh.. ML amik air kelapa & letak kt lantai sikit... gaga pn jilat2 air kelapa tu.. dia suka.. Esoknya ML tgk gaga dah sembuh dari demam dan suara dia jd ok balik..

PER : Klu kucing anda batuk jgn sekali2 bagi ubat batuk k... bahaya...

Friday 15 July 2011

Ekin Mengandung 7 Ming


Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Mawi Dan Ekin Yang Bakal Menimang Cahaya Mata Tak Lama Lagi.. Setelah Beberapa Kali Keguguran, Baru Baru ?Ini Ekin Disahkan Telah Mengandung 7 Bulan. Tahniah Skali Lagi Buat Pasangan Ini.. Take Care Dear...!!!

Thursday 16 June 2011

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

  Diriwayatkan pada zaman dula ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat. Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
  Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: "Wahai Aba Abdulrrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?"
  Lalu dijawab Hatim: "Apa bila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin ." Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?"
  Dijawab oleh Hatim: "Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak berharap pada pujian, tidak terlalu mencintai dunia, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meniggalkan sifat dengki."
  Seterusnya, Hatim berkata: "A[abila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, Syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.
  "Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya. "Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa ynag diucapkan, aku memastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan keiklasan hati. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun," katanya.
  Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim. Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meniggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan diucapkan.

Wednesday 15 June 2011

DAHULUKAN SEBELAH KANAN

Kita sebagai umat Rasulullah SAW perlu menurut dan mengikut jejak langkah baginda sebagai nabi dan rasul Allah. Dalam setiap perbuatan, Rasulullah SAW memulakan dengan kanan, seperti menyikat rambut, memakai sepatu dan memakai baju. Begitu juga dalam amalan-amalan seharian, baginda mengutamakan yang sebelah kanan. mengutamakan yang sebelah kanan bukan bermaksud membezakan taraf dan kedudukan seseorang, namun sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW. Wallahualam.

ADAKAH SAH SOLAT JIKA SEMASA SOLAT PAKAI GINCU..??

Pertama sekali hendaklah dipastikan gincu yang dipakai itu adalah daripada bahan asas yang halal. Gincu itu pula tidak menghalang air ketika berwuduk air ke muka, air wuduk hendaklah mengenai kulit bibir. Dalam keadaan begini, sah solat seorang wanita yang memakai gingu. Namun yang paling baik ialah tidak memakai gincu atau apa-apa perhiasan semasa solat.

ADAKAH SAH SOLAT JIKA TIDAK KHUSYUK..??

Sah solat yang tidak khusyuk. Apabila seseorang solat dalam keadaan berwuduk, berniat serta menyempurnakan 13 rukun yang lain seperti takbiratul

GEJALA RENGGANGNYA PERKAHWINAN

Adakah ikatan perkahwin anda sudah mulai kendur? Kalau banyak di antara gejala berikut ini mewarnai kehidupan perkahwinan anda, segeralah atasi punca dan penyebab kalau tak mahu bahtera rumah tangga anda hancur.

* Suasana murung dalam perkahwinan
* Perasaan kecewa, jemu, kosong dan kesepian dalam hubungan dengan pasangan
* Risau terhadap masalah, kesenangan dan pekerjaan pasangan.
* Dingin, tak ada keintiman lagi dengan pasangan
* Kurangnya perhatian dan kurang memberi tanda kasih antara suami isteri
* Jarang membuat aktiviti dan kegiatan bersama
* Komunikasi hanyalah perkara runtin dan dengkal
* Lebih memberi perhatian pada kedudukan dan wang daripada hubungan dengan pasangan
* Sering bertengkar, termasuk mengenai masalah remeh
* Saling menghina, menuduh, menyindir dan mengkritik
* Terus-menerus mencari alasan untuk menjauhkan diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...