pendatang halal

Wednesday, 7 December 2011

Si Gaga Yang Demam...

Kesian gaga... 3-4 hari lepas gaga demam & batuk sampai suara dia pn dah lain.. mcm serak2 sikit, selera makan pn berkurangan.. ML pn dah tak tahu nak wat apa.. ada la 1 malam tu ML bagi gaga minum ubat batuk tapi sikit jewh la.. Tiba2 jewh mulut gaga keluar mcm lendir & berbuih2. ML punya la risau sbb takut niat baik ML utk sembuhkan gaga bertukar kpd kematian pd gaga plk... menggelabah jgk la ML masa tu cepat2 ML bg gaga minum air masak... takut dia tak selesa dengan rasa ubat batuk tu.. keesokan harinya ML & hubby plak tak sihat, so hubby ML pg beli kelapa muda 2 biji.. kitaowg minum air kelapa tu.. kebetulan si gaga ada.. ML suruh hubby pegang tangan & kaki gaga sebab nak bagi gaga minum air kelapa plak mana la tahu bleh sembuh kewh... ML bagi 2 teguk jewh pastu suruh hubby lepas balik tangan & kaki gaga.. ML tgk gaga dok terjilat2 mulut & bulu dia yang terkena air kelapa tu.. ML nmpk mcm dia suka jewh.. ML amik air kelapa & letak kt lantai sikit... gaga pn jilat2 air kelapa tu.. dia suka.. Esoknya ML tgk gaga dah sembuh dari demam dan suara dia jd ok balik..

PER : Klu kucing anda batuk jgn sekali2 bagi ubat batuk k... bahaya...

Friday, 15 July 2011

Ekin Mengandung 7 Ming


Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Mawi Dan Ekin Yang Bakal Menimang Cahaya Mata Tak Lama Lagi.. Setelah Beberapa Kali Keguguran, Baru Baru ?Ini Ekin Disahkan Telah Mengandung 7 Bulan. Tahniah Skali Lagi Buat Pasangan Ini.. Take Care Dear...!!!

Thursday, 16 June 2011

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

  Diriwayatkan pada zaman dula ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat. Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
  Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: "Wahai Aba Abdulrrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?"
  Lalu dijawab Hatim: "Apa bila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin ." Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?"
  Dijawab oleh Hatim: "Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak berharap pada pujian, tidak terlalu mencintai dunia, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meniggalkan sifat dengki."
  Seterusnya, Hatim berkata: "A[abila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, Syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku.
  "Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya. "Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa ynag diucapkan, aku memastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan keiklasan hati. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun," katanya.
  Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim. Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meniggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan diucapkan.

Wednesday, 15 June 2011

DAHULUKAN SEBELAH KANAN

Kita sebagai umat Rasulullah SAW perlu menurut dan mengikut jejak langkah baginda sebagai nabi dan rasul Allah. Dalam setiap perbuatan, Rasulullah SAW memulakan dengan kanan, seperti menyikat rambut, memakai sepatu dan memakai baju. Begitu juga dalam amalan-amalan seharian, baginda mengutamakan yang sebelah kanan. mengutamakan yang sebelah kanan bukan bermaksud membezakan taraf dan kedudukan seseorang, namun sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW. Wallahualam.

ADAKAH SAH SOLAT JIKA SEMASA SOLAT PAKAI GINCU..??

Pertama sekali hendaklah dipastikan gincu yang dipakai itu adalah daripada bahan asas yang halal. Gincu itu pula tidak menghalang air ketika berwuduk air ke muka, air wuduk hendaklah mengenai kulit bibir. Dalam keadaan begini, sah solat seorang wanita yang memakai gingu. Namun yang paling baik ialah tidak memakai gincu atau apa-apa perhiasan semasa solat.

ADAKAH SAH SOLAT JIKA TIDAK KHUSYUK..??

Sah solat yang tidak khusyuk. Apabila seseorang solat dalam keadaan berwuduk, berniat serta menyempurnakan 13 rukun yang lain seperti takbiratul

GEJALA RENGGANGNYA PERKAHWINAN

Adakah ikatan perkahwin anda sudah mulai kendur? Kalau banyak di antara gejala berikut ini mewarnai kehidupan perkahwinan anda, segeralah atasi punca dan penyebab kalau tak mahu bahtera rumah tangga anda hancur.

* Suasana murung dalam perkahwinan
* Perasaan kecewa, jemu, kosong dan kesepian dalam hubungan dengan pasangan
* Risau terhadap masalah, kesenangan dan pekerjaan pasangan.
* Dingin, tak ada keintiman lagi dengan pasangan
* Kurangnya perhatian dan kurang memberi tanda kasih antara suami isteri
* Jarang membuat aktiviti dan kegiatan bersama
* Komunikasi hanyalah perkara runtin dan dengkal
* Lebih memberi perhatian pada kedudukan dan wang daripada hubungan dengan pasangan
* Sering bertengkar, termasuk mengenai masalah remeh
* Saling menghina, menuduh, menyindir dan mengkritik
* Terus-menerus mencari alasan untuk menjauhkan diri

BOLEHKAH KITA SEDEKAH WANG RIBA..??

Sabda Rasulullah SAW : "sesungguhnya Allah SWT itu elok, (cantik, baik) dan Dia tidak menerima melainkan yang elok (baik)."  Wang riba, rasuah, rompak, mencuri dan judi adalah wang atau harta haram. Harta atau wang tersebut tidak boleh diberi atau dibelanjakan kepada individu. Namun, ia boleh diberi atau dibelanjakan kepada kegunaan awam seperti jalan raya, tandas, jeti dan pengkalan kapal. Apa yang dibelanjakan oleh manusia dilihat oleh Allah SWT dari mana terhasilnya wang atau harta tersebut dan kearah mana dibelanjakannya. Hasilnya perlu daripada yang halal manakala jatuhnya juga ke tempat atau urusan yang halal. Allah SWT tidak menerima sedekah atau pemberian daripada sumber yang haram. Demikian juga, berdosa hukumnya menafkahkan harta kepada atau tempat haram. Wallahualam.

KANDUNGAN GIZI YANG TERDAPAT DALAM PISANG

*   Kalori                 99 kalori
*   Protein               1.2 gram
*   Lemak               0.2 gram
*   Karbohidrat     25.8 miligram
*   Serat                 0.7 gram
*   Kalsium                8 mg
*   Besi                   0.5 miligram
*   Vitamin A            44 RE
*   Vitamin B         0.08 miligram
*   Vitamin C              3 miligram
*   Air                        72 gram
*   Fosforus               28 miligram

Friday, 22 April 2011

ASHRAF MUSLIM SELAMAT BERTUNANG

Alhamdullilah... selamat sudah majlis pertunangan Ashraf Muslim bersama pasangannya Noor Dayana. Tema untuk majlis pertunagan mereka adalah pupple + putih. Mereka akan berkahwin pada tahun ini iaitu pada 1 syawal nanti di Mekah. Erm... elok la tu jgn tunang lama2 sgt... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Thursday, 21 April 2011

Al-Kisah HP Buruk Ku...

Ni la HP yang pertama aku beli sendiri, sebelum nie ada gak tp kadang2 ada yg Tanya Areal Fan bg... Aku beli handset ni tahun 2005 dengan harga RM 1,200.00 masa tu abang ipar aku yg pakai tp baru je beli dia dah tukar handset yang lain so dia tolak dkt aku dengan harga RM 1,000.00 kira sambung bayar la ni... sbb handset ni dia beli kt kawan dia boleh bayar ansuran RM 200.00 sebulan, so dia pakai sebulan RM 200.00 tu la yg lebihnya aku bayar.. sampai la saat ni aku masih pakai handset ni lagi kalau dihitung2kan kira dah dekat 6 tahun aku guna handset ni. Aku bukan la kedekut nk beli handset baru tp handset aku ni x rosak2 lg sayang juga aku nk tukar handset baru sbb banyak kenangan dengan handset aku nie.. dengan telefon ni la aku bergayut berjam2 dengan pakwe ku ( skrg da jd laki la ). Kt dalam handset aku ni juga banyak pictures2 yg aku belum cuci lg.. sayang la... hari tu pernah rosak jap handset aku nie, so my mr. hubby nk beli la handset baru, tp aku suruh cuba repair dulu. Nasib baik la boleh di selamatkan lagi... Tp aku ada la juga terasa nk beli HP baru sbb handset aku ni meragam balik xleh nak cas betteri dia plk.. Nanti aku beli handset yang murah2 dah la sbb aku x pandai pakai yg canggih sgt pn..

ASHRAF MUSLIM BERTUNANG

Selamat bertunang diucapkan kepada Ashraf Muslim, kerana bakal menjadi tunang kepada anak pengusaha pusat perubatan islam Shifa Al Hidayah iaitu anak perempuan Tuan Haji Lokman pada 23 April 2011. Bagi peminat Ashraf Muslim boleh la melihat secara langsung majlis pertunangan Ashraf dan pasangannya disiaran Nasi Lemak Kopi O, TV9. Pagi2 lg lepas je tgk Tanyalah Ustaz boleh la tgk Nasi Lemak Kopi O pula. Jangan lupa erk.. Majlis pertunangan Ashraf akan diadakan pada pukul 9 pg dan majlis pelancaran pusat perubatan mereka pula pada jam 12 tengah hari. Dengar ceritanya tunang Ashraf ni seorang Doktor, hem... pandai Ashraf pilih calon isteri, selain bijak dan berkerjaya tunang Ashraf juga seorang wanita yang solehah. Mudah-mudahan bahagia dunia akhirat, Amin...

Monday, 4 April 2011

PUTIHKAN GIGI DENGAN STRAWBERRY

Strawberi juga banyak kegunaannya. pelbagai cara di lakukan untuk mendapatkan gigi putih berseri. Ternyata buah strawberi berkhasiat untuk memutihkan gigi. Rahsianya adalah pada kandungan vitamin C pada strawberi. hancurkan strawberi, kemudian tempelkan pada gigi dan biarkan selama beberapa minit. Setelah itu gosok pada gigi. Apa kata cuba tip ini.

PISANG CANTIKKAN KULIT

Pisang berfungsi dalam mencantikan kulit. Kupas pisang masak dan ambil seperempat bahagian kemudian lumatkan. Sapukan di wajah dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk atau ais. Keringkan wajah dengan tuala yang lembut.

Friday, 4 March 2011

HINDARI LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Akibat kurang tidur, wujud lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Ini akan meninggalkan kesan yang kurang menarik pada wajah anda. Bagi mengatasi permasalahan ini. apa yang perlu anda lakukan ialah:
1)  Baring dan dengan mata yang tertutup, letakkan kapas yang dibasahi dengan air mawar atau susu dingin
pada mata anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Amalkan pada setiap hari sehingga kesan lebam bawah mata anda beransur hilang.
2)  Sebelum tidur, urutkan bahagian bawah mata anda dengan minyak zaitun.
3)  Anda juga boleh meletakkan hirisan mentimun atau kentang pada mata anda selama 15 minit.
4)  Makanan juga adalah penyumbang kepada pembentukan lingkaran bawah mata. Oleh itu, pastikan anda mengambil zat besi, vitamin dan protien yang seimbang.
5)  Jadikan air putih sebagai amalan dan dapatkan tidur yang secukupnya.

BUAH DELIMA LANGSINGKAN BADAN

Sudah jemu dengan produk pelangsingan yang tidak memberikan kesan yang positif? Cuba kaedah ni, bukan sahaja menjimatkan tetapi juga selamat daripada kesan sampingan. Ambil isi buah delima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Amalkan dengan minum setiap pagi selepas sarapan.

UBI SENGKUANG CERAHKAN KULIT

Inginkan kulit yang cerah tanpa memerlukan rawatan wajah yang mahal? Ambil ubi sengkuang, parut dan perah untuk mendapatkan pati perahan. Sapukan pada wajah dan amalkan sekali seminggu. Wajah anda lebih halus dan berseri.

Wednesday, 2 March 2011

MENGHALAU LALAT DENGAN BUNGA CENGKIH

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukan kedalam cawan atau mangkuk yang berisi air. Biarkan ia terdedah diruang dapur anda. Insya-Allah, lalat2 yg berterbangan itu akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda. Selamat mencuba.

MENCUCI KERAK PERIUK

Menggunakan kulit ubi kentang. Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. Setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

WARNA KELAM PADA CAWAN @ MUG

Cawan atau mug yang kerap menakung air teh atau kopi biasanya mudah menjadi kelam atau kekuningan. Cara membersihkan ialah dengan merendamnya ke dalam air panas atau suam yang bercampur perahan limau nipis dan garam. Selepas kira-kira 15 minit, cuci dengan span seperti biasa. Cawan atau mug tadi akan kelihatan bersih tanpa ada warna kelam dan kekuningan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...