pendatang halal

Wednesday, 15 June 2011

BOLEHKAH KITA SEDEKAH WANG RIBA..??

Sabda Rasulullah SAW : "sesungguhnya Allah SWT itu elok, (cantik, baik) dan Dia tidak menerima melainkan yang elok (baik)."  Wang riba, rasuah, rompak, mencuri dan judi adalah wang atau harta haram. Harta atau wang tersebut tidak boleh diberi atau dibelanjakan kepada individu. Namun, ia boleh diberi atau dibelanjakan kepada kegunaan awam seperti jalan raya, tandas, jeti dan pengkalan kapal. Apa yang dibelanjakan oleh manusia dilihat oleh Allah SWT dari mana terhasilnya wang atau harta tersebut dan kearah mana dibelanjakannya. Hasilnya perlu daripada yang halal manakala jatuhnya juga ke tempat atau urusan yang halal. Allah SWT tidak menerima sedekah atau pemberian daripada sumber yang haram. Demikian juga, berdosa hukumnya menafkahkan harta kepada atau tempat haram. Wallahualam.

KANDUNGAN GIZI YANG TERDAPAT DALAM PISANG

*   Kalori                 99 kalori
*   Protein               1.2 gram
*   Lemak               0.2 gram
*   Karbohidrat     25.8 miligram
*   Serat                 0.7 gram
*   Kalsium                8 mg
*   Besi                   0.5 miligram
*   Vitamin A            44 RE
*   Vitamin B         0.08 miligram
*   Vitamin C              3 miligram
*   Air                        72 gram
*   Fosforus               28 miligram

Friday, 22 April 2011

ASHRAF MUSLIM SELAMAT BERTUNANG

Alhamdullilah... selamat sudah majlis pertunangan Ashraf Muslim bersama pasangannya Noor Dayana. Tema untuk majlis pertunagan mereka adalah pupple + putih. Mereka akan berkahwin pada tahun ini iaitu pada 1 syawal nanti di Mekah. Erm... elok la tu jgn tunang lama2 sgt... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Thursday, 21 April 2011

Al-Kisah HP Buruk Ku...

Ni la HP yang pertama aku beli sendiri, sebelum nie ada gak tp kadang2 ada yg Tanya Areal Fan bg... Aku beli handset ni tahun 2005 dengan harga RM 1,200.00 masa tu abang ipar aku yg pakai tp baru je beli dia dah tukar handset yang lain so dia tolak dkt aku dengan harga RM 1,000.00 kira sambung bayar la ni... sbb handset ni dia beli kt kawan dia boleh bayar ansuran RM 200.00 sebulan, so dia pakai sebulan RM 200.00 tu la yg lebihnya aku bayar.. sampai la saat ni aku masih pakai handset ni lagi kalau dihitung2kan kira dah dekat 6 tahun aku guna handset ni. Aku bukan la kedekut nk beli handset baru tp handset aku ni x rosak2 lg sayang juga aku nk tukar handset baru sbb banyak kenangan dengan handset aku nie.. dengan telefon ni la aku bergayut berjam2 dengan pakwe ku ( skrg da jd laki la ). Kt dalam handset aku ni juga banyak pictures2 yg aku belum cuci lg.. sayang la... hari tu pernah rosak jap handset aku nie, so my mr. hubby nk beli la handset baru, tp aku suruh cuba repair dulu. Nasib baik la boleh di selamatkan lagi... Tp aku ada la juga terasa nk beli HP baru sbb handset aku ni meragam balik xleh nak cas betteri dia plk.. Nanti aku beli handset yang murah2 dah la sbb aku x pandai pakai yg canggih sgt pn..

ASHRAF MUSLIM BERTUNANG

Selamat bertunang diucapkan kepada Ashraf Muslim, kerana bakal menjadi tunang kepada anak pengusaha pusat perubatan islam Shifa Al Hidayah iaitu anak perempuan Tuan Haji Lokman pada 23 April 2011. Bagi peminat Ashraf Muslim boleh la melihat secara langsung majlis pertunangan Ashraf dan pasangannya disiaran Nasi Lemak Kopi O, TV9. Pagi2 lg lepas je tgk Tanyalah Ustaz boleh la tgk Nasi Lemak Kopi O pula. Jangan lupa erk.. Majlis pertunangan Ashraf akan diadakan pada pukul 9 pg dan majlis pelancaran pusat perubatan mereka pula pada jam 12 tengah hari. Dengar ceritanya tunang Ashraf ni seorang Doktor, hem... pandai Ashraf pilih calon isteri, selain bijak dan berkerjaya tunang Ashraf juga seorang wanita yang solehah. Mudah-mudahan bahagia dunia akhirat, Amin...

Monday, 4 April 2011

PUTIHKAN GIGI DENGAN STRAWBERRY

Strawberi juga banyak kegunaannya. pelbagai cara di lakukan untuk mendapatkan gigi putih berseri. Ternyata buah strawberi berkhasiat untuk memutihkan gigi. Rahsianya adalah pada kandungan vitamin C pada strawberi. hancurkan strawberi, kemudian tempelkan pada gigi dan biarkan selama beberapa minit. Setelah itu gosok pada gigi. Apa kata cuba tip ini.

PISANG CANTIKKAN KULIT

Pisang berfungsi dalam mencantikan kulit. Kupas pisang masak dan ambil seperempat bahagian kemudian lumatkan. Sapukan di wajah dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk atau ais. Keringkan wajah dengan tuala yang lembut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...