pendatang halal

Tuesday, 1 March 2011

Mahu bibir ala Angelina Jolie?

Bibir nipis sering dikaitkan sebagai tidak seksi, benarkah? Ya ramai wanita mengakuinya dan ada wanita berasa rendah diri dan malu dalam penampilan hanya kerana bibirnya nipis.
Apakah ini hanya kerana kebanyakan lelaki menganggap wanita berbibir tebal itu seksi? Tidak hairanlah ramai wanita mengkagumi bibir tebal Angelina Jolie.
Sebenarnya, semua ini adalah psikologi, walaupun anda tidak dapat bibir tebal dan besar secantik Angelina Jolie, anda tetap boleh tampil menawan dengan cara kebijaksanaan anda menggunakan lipstik secara betul.
Berikut lima cara mudah menggunakan lipstik boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa perlu membuang duit ke salun kecantikan.
1)    Berus bibir dengan perlahan menggunakan berus gigi bayi untuk membuang sel kulit mati atau sisa kotoran lipstik yang telah anda gunakan. Kemudian sapukan lip balm untuk lembutkan bibir.
2)    Sapukan lipstik dengan menggunakan terus dari tube menggunakan berus lipstik.
3)    Bentuk garis bibir menggunakan lipliner yang lebih terang daripada warna lipstik yang anda gunakan.
4)    Ambil sehelai tisu dan tekapkan pada bibir kemudian cantumkan bibir untuk membuang lipstik yang berlebihan atau terlalu tebal.
5)    Akhir sekali sapukan lipgloss di bahagian tengah bibir dan ratakan dengan berus lipstik.

No comments:

Post a Comment

comment here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...