pendatang halal

Tuesday 1 March 2011

TIP RAMBUT CANTIK

RAMBUT mahkota kecantikan seseorang wanita, selain wajah,rambutlah sering menjadi perhatian wanita setiap kali berdandan di hadapan cermin, walaupun keluar memakai tudung, rambut tetap disisir rapi sebelum bertudung.
   Pastinya, rambut, cantik hitam berkilat dan rapi bersinar menjadi impian. Berikut 10 tip boleh dijadikan panduan:-
1)    Sisir rambut sebelum mencucinya untuk mengurangi kotoran yang menempel di rambut dan gunakan paddle brush untuk rambut panjang.
2)    Cuci rambut ketika merasa kotor, tidak ada rumusan yang pasti mengatakan berapa kali dalam seminggu anda perlu mencuci rambut. Tapi bila anda merasakannya sudah kotor, cucilah dengan syampu serta perapi menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sesuai dengan rambut anda.
3)    Gunakan pelembab rambut selalu walaupun rambut berminyak.
4)    Cara terbaik basuh rambut adalah menggunakan cuka epal untuk menjadikan rambut lebih bersinar.
5)    Urut kulit kepala untuk memberi perjalanan darah berjalan lancar.
6)    Selalu gunakan air sejuk untuk mencuci dan membilas rambut.
7)    Sisir rambut semasa telah kering, menyisir semasa basah hanya menjadikan rambut lebih rapuh dan mudah putus.
8)    Keringkan rambut secara semulajadi, tepuk-tepuk rambut semasa mengelapnya menggunakan tuala kering.
9)    Elakkan daripada menggunakan curling iron atau pengering rambut dan selalu gunakan produk membentuk gaya rambut yang selamat untuk rambut.
10)   Pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh pengantian musim, umur, rokok, minuman dan makanan. Jalani hidup sihat kerana ia mempengaruhi kesihatan rambut anda juga.

No comments:

Post a Comment

comment here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...